30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pembinaan Loji Air, penduduk adakan majlis doa selamat

UPACARA…. Doa Selamat Pembinaan Loji Air Kundasang.

KUNDASANG: Satu Majlis Doa Selamat Pembinaan Loji Air Kundasang di Intake Sungai Mesilou dan Sungai Bambangan di sini pagi tadi, yang telah dihadiri Ketua-Ketua Kampung, JPKK , Pemimpin Masyarakat Mukim Kundasang dan penduduk setempat.

Majlis dilaksanakan sesuai dengan Amalan Adat Resam yg turut disertai rombongan Dari Mahkamah Anak Negeri Ranau diketuai, Ketua Daerah Tuan Muhasip Bin Haji Ruman, KAN Andrew Jaibi, KAN Dominic Ghani, KAN Atam Zadin, KAN Jaimin Jaffry , KAN Rojer Angon, WKAN Harisin Sabin, WKAN Guhadi Lasim dan WKAN Hasidi Suning

Turut Hadir ialah Tuan Japili Madi, Penyelia Masyarakat Dun N 36 Kundasang mewakili Timbalan Ketua Menteri Negeri Sabah YB Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Pemaju Mukim Kundasang P 179 Ranau, Aoziah Paimin Mewakili Datuk Jonathan Yassin, Timbalan Kementerian Dalam Negeri 11, Malaysia.

Penduduk Kundasang berterimakasih kepada Datuk Dr Joachim Gunsalam, Gabungan Pemegang Adat Mukim Kundasang, JPKK, Pemimpin- Masyarakat dan individu atas Sumbangan kewangan bagi menjayakan Majlis tersebut.

Pada 13 Mac 2022 lalu Majlis Doa Selamat yang serupa telah dilaksanakan untuk Pembinaan SMK Kundasang bertempat ditapak SMK Kundasang Kg Mesilou, Kundasang, Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN