29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pembinaan Kompleks Jabatan Pendidikan Labuan bernilai RM100 juta mula dilaksana hujung tahun ini.

Wan Hashim (tengah) ketika meninjau bangunan tambahan Prasekolah SK Patau-Patau.

LABUAN: Projek pembinaan Kompleks Jabatan Pendidikan Labuan yang bernilai R100 juta akan mula dilaksanakan pada hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata, Kompleks tersebut yang terletak di Bukit Kalam itu telah pun diluluskan peruntukannya dibawah Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12).

Beliau berkata pembinaan projek ini akan dilaksanakan dan dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya.

“Pembinaan Kompleks ini merupakan berita baik kepada kakitangan Jabatan Pendidikan yang selama ini terpaksa menggunakan premis yang disewa di serbuah bangunan di pusat bandar, malah dengan siapnya projek ini membolehkan Jabatan Pendidikan Labuan memjliki bangunan sendiri” katanya kepada media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Prasekolah SK Patau Patau di sini pada Isnin.

Beliau yakin dengan siapnya kompleks ini nanti akan mampu memberi keselesaan yang lebih kondusif kepada kakitangan Jabatan Pendidikan Labuan.

BERITA BERKAITAN