25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PEMBINAAN JAMBATAN, NAIK TARAF JALAN, PENDUDUK UCAP TERIMA KASIH KEPADA MP RANAU DAN ADUN PAGINATAN

Jambatan kemudahan bakal memberi kemudahan kepada lebih 3 ribu penduduk kawasan Daerah Mengundi Kg.Tinanom.

RANAU: Ribuan penduduk dari 5 buah kampung di kawasan Daerah Mengundi (DM) Kg.Tinanom merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Penghargaan dan terima kasih itu di atas usaha berterusan wakil-wakil rakyat berkenaan untuk membantu mendapatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan Pusat bagi membina sebuah Jambatan Konkrit menyeberangi sungai Liwagu Kegibangan berukuran kira-kira 98 meter yang termasuk dalam pakej projek pembinaan jalan Kg Walou-Tinanom-Kigiwit berjumlah RM51 juta yg  kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Penduduk dari lima buah kampung yang bakal mendapat manfaat kemudahan itu ialah, Kg.Wallou, Kg.Penulangon, Kg.Tinanom, Kg.Kodop dan Kg.Kigiwit.

Jurucakap Jawatankuasa Daerah Mengundi(JDM) Kg.Tinanom, Gabin Suging mewakili penduduk merakam penghargaan dan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat berkenaan dan juga kepada Kementerian yg terlibat seperti Pejabat Perdana Menteri, KPLB Malaysia, EPU Pusat & UPEN Negeri, JKR Sabah dan JKR Ranau kerana projek itu sedang berjalan dengan baik.

Jalanraya yang sedang dinaiktaraf.

Sudah tentu naiktaraf (turap) jalan raya sejauh  kira-kira 7 kilometer dari Simpang Kg.Penulangon ke SK.Tinanom akan memberi impak yang besar kepada para penduduk kampung’

Menurut Gabin Suging, dengan siapnya jambatan itu kelak, ianya memberi kelegaan serta kemudahkan penduduk untuk menghantar hasil pertanian ke pekan Ranau, menghantar pesakit ke klinik berhampiran atau ke Hospital Ranau, mengangkat jenazah dan membawa barang yang dibeli dari pekan Ranau.

Selain itu, Gabin juga mewakili penduduk  berterima kasih kepada Syarikat Perwira di bawah jagaan Datuk Limus Juri dengan sebuah syarikat  lain yang begitu mantap  berkompromesi dengan penduduk kampung dalam aspek pembinaan jalan raya tersebut.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN