27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemberian vaksin kepada pelajar sekolah di Ranau berjalan lancar

Sebahagian pelajar Sekolah Menengah yang diiringi ibubapa bagi menerima suntikan dos pertama di PPV Dewan Masyarakat Ranau.

RANAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah ini, kini memulakn program pemberian vaksin kepada pelajar sekolah berumur 12-17 tahun dengan suntikan dos pertama vaksin Pfizer.

PPV di Dewan Masyarakat Ranau itu sudah memberi suntikan dos pertama kepada lebih 30 orang pelajar dari SMK Ranau dan SMK Mat Salleh pada sebelah pagi dan jumlah bertambah pada sebelah petangnya berikutan kesederan ibubapa terhadap pentingnya anak-anak sekolah menerima suntikan vaksin sebelum bermula sesi persekolahan bersemuka tidak lama lagi seperti yang di sarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ramai ibu bapa yang sempat ditemui mengalu-alukan inisiatif KPM membenarkan pelajar sekolah berumur 12-17 tahun menerima suntikan bagi mengekang jangkitan Covid-19 yang kini belum berakhir.

“Sebelum ini hnya mereka berumur 18 tahun dan ke atas sahaja yang perlu menerima suntikan tpi sekarang mereka (golongan pelajar) sekolah rendah dan menengah berumur 12 tahun hingga 17 tahun boleh sudah divaksin sebagai benteng diri daripada jangkitan Covud-19′, jelas Nabin Gandong dari Kg.Paka Dua Ranau.

Menurutnya, peluang itu harus diambil perhatian serius oleh golongan ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai satu yang positif bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menjangkiti keluarga, warga sekolah dan komuniti seluruhnya.

            
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN