Robert (kanan) semasa menerima kunjungan rombongan PPD Keningau yang diketuai oleh Johari (tiga dari kanan).
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.
Kunjungan seramai enam orang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari @ Jaibet Sabin.
Dalam kunjungan tersebut Johari memberikan taklimat program-program dan aktiviti mengenai pembangunan Pendidikan di daerah Keningau.
Dalam pertemuan itu juga Johari memaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan daerah Keningau akan menjadi Tuan Rumah pengelolaan Kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah ( MSSS) Sabah peringkat Negeri Sabah kali ke 55 yang dijadualkan dari 03 hingga 08 September ini.
Johari berterima kasih kepada Robert atas kesediaan menerima kunjungan mereka yang beliau sifatkan amat mesra sekali.
” Ini sudah tentu memberikan motivasi dan semangat kepada warga pendidik di daerah Keningau khasnya dan amnya di negeri Sabah” ujurnya.
Robert berkata kunjungan tersebut sudah tentu dapat mengeratkan kemesraan dan silaturahim diantara jabatan dengan Wakil Rakyat.
“Terima kasih atas, kunjungan ini yang amat berfaedah dan menafaat kepada dua belah pihak”, katanya.