28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PEMBANTU MENTERI KEWANGAN HADIRI MESYUARAT BERSAMA QHAZANAH SABAH BHD

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kewangan, Dato’ Sr. Mohd Ishak Ayub, menghadiri mesyuarat bersama pihak pengurusan atasan Qhazanah Sabah Berhad semalam bagi memperkukuh pemahaman serta menilai potensi kerjasama strategik demi pembangunan masa depan negeri.

Mesyuarat itu turut disertai Pasukan Pemantauan GLC di bawah seliaan Puan Noorhaneem Shahrain, dengan fokus terhadap tadbir urus korporat, hala tuju pelaburan serta peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyokong agenda ekonomi Sabah.

Dalam sesi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad, Mohamad Damshal Awang Damit, bersama barisan pengurusan kanan telah menyampaikan taklimat terperinci berhubung pengurusan syarikat, strategi pelaburan serta inisiatif pengukuhan aset negeri.

Mesyuarat berkenaan memberi ruang perbincangan dua hala mengenai potensi kerjasama strategik dan mekanisme pemantauan yang lebih terselaras bagi memastikan pulangan pelaburan memberi impak mampan kepada pembangunan Sabah.

Sesi tersebut diakhiri dengan jamuan berbuka puasa sebagai simbol penghargaan dan pengukuhan hubungan profesional antara kedua-dua pihak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN