Robert (dua dari kanan)bersama rombongan semasa melawat runtuhan tebing Sungai Padas di landasan kereta api Tenom – Rayoh.
TENOM:Hari ini Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Datuk Robert Tawik @ Nordin telah melakukan lawatan rasmi di daerah ini bagi meninjau permasalahan landasan kereta api di lokasi runtuhan tebing akibat hakisan Sungai Padas yang semakin hampir dengan landasan kereta api.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, Kerja-kerja kecemasan bagi membaiki landasan ini sedang berjalan dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.
Katanya, selain runtuhan tebing, kerosakan ‘washout’ dan ‘mudslide’ juga berlaku.
“Kita berharap kerja-kerja pembaikan akan siap dalam tempoh yang telah dijangka” katanya selepas lawatan itu sambil meminta penduduk yang terlibat bersabar.
Robert menaiki rail car semasa lawatan itu
Sementara itu Pengerusi JPKK Kampung Pangi Listo Roy mewakili punduduk mengucapkan terima kasih atas usaha yang diambil oleh Kementerian Kerja Raya mengatasi masalah tersebut.
Turut sama pada lawatan itu, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Leonard Stephen Poyong, Penolong Pegawai Daerah Tenom Rubert Salimun Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM )Melalap Simon Mamat dan JPKK Kampung Rayoh Juliman Kimpi.