24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembantu Menteri Kerja Raya terima kunjungan hormat Batalion Ke 22 Rejiman Askar Melayu Diraja

Robert semasa menerima kunjungan itu.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Batalion Ke 22 Rejiman Askar Melayu Diraja di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Rombongan dari Batalion itu diketuai oleh Leftensn Kolonel Zain Azrai Bin Hj. Karis dari Kem Sri Kinabatangan Sandakan adalah kunjungan yang julung-julung kalinya diadakan.

Dalam kunjungan tersebut Leftenan Kolonel Zain Azrai telah sedikit sebanyak menerangkan peranan dan aktiviti aktiviti yang dijalankan oleh Batalion Ke 22.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyifatkan kunjungan hormat dari Batalion ke 22 itu amat bermenafaat dan berfaedah sekali dalam merapatkan hubungan Batalion dengan pemimpin.

Beliau berterima kasih atas kunjungan tersebut dan mengharapkan kunjungan tersebut bukan terhenti disini tapi akan berterusan dari masa kesemasa.

Sementara itu Leftenan Kolonel Zain Azrai merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas kesediaan menerima kunjungan mereka.

Zain Azrai bersifatkan kunjungan terhadap Pembantu Menteri itu amat mesra sekali

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN