27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, lawat tanah runtuh di Jalan Utama Keningau-Apin-Apin

Robert (dua dari kanan)ditemu ramah oleh pihak media di lokasi kejadian.

KENINGAU:Pagi tadi Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin melawat kejadian tanah runtuh di Kilometer 14 Jalan Utama Keningau – Apin-Apin berhampiran Kampung Liau Laut.

Kejadian yang berlaku pada petang Selasa itu menyebabkan semua jenis kenderaan tidak dapat melaluinya ketika ini.

Oleh itu, orang ramai yang ingin melalui jalan ini sama ada dari arah Apin-Apin ke Pekan Keningau ataupun sebaliknya boleh melalui Jalan Alternatif iaitu Jalan Trans Pagalan (Magatang- Ranggom Kapayan).

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, berikutan kejadian ini, beliau memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar dapat menyalurkan peruntukan segera bagi pembinaan Jambatan Kekal di jalan ini.

Beginilah keadaan jalan yang runtuh itu.

Katanya, jika ianya diluluskan maka pembinaan Jambatan kekal ini akan mengambil masa pelaksanaan selama dua tahun.

Justeru itu katanya, sementara menunggu peruntukan tersebut, tindakan Kementerian Kerja Raya Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah akan membina Jambatan separuh kekal yang dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

Walau bagaimanapun jelasnya, pihak konsesi JKR akan membina jalan lencongan bersebelahan jalan tanah runtuh ini yang dijangka siap dalam tempoh seminggu. 

“Usaha ini bagi memudahkan orang ramai yang menggunakan laluan ini, serta bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan kesesakan di beberapa laluan” katanya.

Beliau berkata, kejadian jalan runtuh ini adalah disebabkan oleh bencana alam dan bukanlah disengajakan. 

“Pihak kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Semoga usaha ini dipermudahkan dan dapat membantu memudahkan urusan seharian para pengguna laluan ini” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN