25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Jun 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pematuhan PKP penduduk Ranau kini ditahap yang tinggi: PDRM

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

“Setakat hari ke-7 PKP dilaksanakan oleh pihak polis, dilihat kesedaran masyarakat untuk mematuhi perintah telah meningkat, mencapai 95 peratus

-DSP SAMMY NEWTON-

RANAU: Tahap pematuhan terhadap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kalangan penduduk di daerah ini kini berada di tahap yang tinggi.

Situasi itu berbeza berbanding sebelumnya, terutama hari pertama dan kedua PKP dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton, dalam satu kenyataan hari ini berkata, tahap pematuhan itu didorong faktor kesedaran tentang ancaman wabak Covid-19 selain tindakan yang bakal diambil pihak berkuasa jika didapati ingkar arahan.

DSP Sammy newton

“Setakat hari ke-7 PKP dilaksanakan oleh pihak polis Ranau, dilihat kesedaran masyarakat untuk mematuhi perintah jauh meningkat.

“Pemantauan pada waktu siang mendapati, 95 peratus kawasan pekan dan kampung hampir lengang tanpa kelihatan sebarang pergerakan individu mahupun kenderaan.

“Hanya beberapa individu yang keluar daripada kediaman kelihatan menuju ke pekan Ranau atau Kundasang dengan tujuan untuk membeli barangan keperluan harian di premis yang dibenarkan beroperasi serta mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

“Namun pihak polis telah menasihatkan mereka agar segera balik ke rumah masing-masing selepas selesai berurusan,” katanya.

LENGANG…Sebahagian sudut di pekan Ranau

Menurut DSP Sammy, pemantauan pada waktu malam mendapati, kawasan pekan Ranau, Kiaburi Plaza dan Kundasang termasuk kawasan perkampungan mencapai tahap pematuhan 100 peratus.

Selain itu katanya, laluan utama menghubungkan Ranau – Pantai Barat, Ranau – Pantai Timur, Ranau- Keningau, Ranau-Kota Marudu, sekali sekala dilalui oleh kenderaan yang membawa keperluan makanan untuk penghantaran ke lokasi-lokasi berkenaan.

Katanya lagi, para peniaga turut mematuhi PKP serta arahan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menutup permis-permis perniagaan mereka. Perkhimatan pengangkutan awam di sini juga turut patuh arahan dengan menutup operasi.

TURUT LENGANG….Pekan Kundasang

“Pemantauan polis mendapati lebih kurang 140 buah kedai disekitar pekan Ranau telah menutup sementara operasi perniagaan, manakala lebih kurang 60 buah kedai di pekan Kundasang turut bertindak sedemikian,” jelasnya.

Beliau juga berkata, bagi daerah Ranau, polis turut memperkuatkan kawalan menerusi penugasan pegawai dan anggota di lapangan yang membabitkan beberapa bidang penugasan antaranya sekatan jalan di tiga lokasi iaitu kilometer 19, Jalan Ranau-Tamparuli, Kilometer 2, Jalan Ranau-Tambunan dan Kilometer 5, Jalan Ranau-Telupid.

SEKATAN…PDRM dibantu RELA membuat sekatan jalan

“Beberapa penugasan rondaan turut dilakukan disekitar pekan Ranau, Kiaburi Plaza dan pekan Kundasang termasuk juga kampung-kampung berdekatan dan kawasan pelancongan bagi mempastikan arahan PKP dipatuhi.

“Justeru, bagi mempastikan  PKP terus berjalan lancar dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di daerah ini, pihak polis sekali lagi menegaskan kepada orang ramai agar terus memberikan kerjasama padu kepada pihak berkuasa dalam menjayakan misi membasmi wabak maut ini.

Sekatan jalan pada waktu malam

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada sikap masyarakat di sini yang sentiasa patuh dan memahami tugas pihak berkuasa sepanjang perintah ini dijalankan,” kata beliau

Tambahnya, warga PDRM IPD Ranau turut berdoa agar seluruh masyarakat di daerah ini terus dilindungi Tuhan daripada jangkitan wabak covid-19 dengan mempastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di sini terus terpelihara agar aktiviti boleh berjalan seperti biasa apabila keadaan kembali pulih sepenuhnya. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN