27.1 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PEMANAH KELAB ATTRAC HARUMKAN NAMA PASUKAN DALAM TIGA KEJOHANAN

JUARA…Hermanto (dua kiri )muncul juara bagi acara memanah tradisional statik Anjuran Kelab Memanah Attracmanakala naib juara Haider Ahmad Fadzil ( dua kanan )dan tempat ketiga dimenangi oleh Esmail Maidin (kiri).

TUARAN: Beberapa orang Pemanah Kelab Attrac Daerah Tuaran mengharumkan nama kelab itu apabila muncul juara dalam beberapa kejohanan baru-baru ini.

Dalam kejohanan pertama Hermanto Nursalim
muncul juara bagi acara memanah tradisional statik Anjuran Kelab Memanah Tertutup Piala Juara-Juara yang dianjurkan oleh Penaung Kelab Attrac sendiri iaitu Ismail Bin Abu Bakar.

Kejohanan dianjur bersama Presiden Kelab Memanah Attrac, Fadlye Marisen dan Penasihat kelab yang juga merupakan Pengerusi Masjid At-Taqwa Perumahan Laya Laya Tuaran Durasik Muyong.

HARUMKAN ATTRAC…
Siti Aisah Mohd Said (tengah),Juara individu dan juara berpasukan bagi acara
Kejohanan Sukan Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan (Memanah) bertempat di Sekolah Menengah Agama Nilai Negeri Sembilan.

Manakala naib juara dimenangi oleh Haider Ahmad Fadzil dan tempat ketiga dimenangi oleh Esmail Maidin.

Salim Maidin hanya berpuas hati di tempat keempat manakala Fadlye Marisen di tempat kelima.

Semua hadiah disumbangkan oleh Ag.Ismail Abu Bakar dan Durasik Muyong.

JUARA LAGI…Siti Aisah Mohd Said (du kanan)…munculJuara Mini Game Attrac Juara Antara Juara pada 25.12.2024 menerima hadiah dari Ag.Ismail Abu Bakar (2 kiri) sambil diperhatikan oleh Penasihat Kelab Attrac Encik Durasik Muyong (kiri)

Sementara itu dalam kejohanan lain, Esmail Maidin dari kelab Attrac Tuaran muncul juara bagi acara veteran Pertandingan Memanah Tradisional Terbuka Assafra , Putatan baru baru ini.

Selain itu, beliau juga muncul juara dalam Pertandingan Juara antara Juara juga masa itu. Hadiah disampaikan oleh Presiden Stara Mahadir Bin Mohd Kamal.

Sementara itu Siti Aisah Mohd Said muncul Juara Mini Game Attrac Juara Antara Juara juga baru-baru ini di Negeri Sembilan.

HARUMKAN NAMA KELAB…Esmail Maidin dari kelab Attrac Tuaran (baju hijau) muncul juara bagi acara veteran Pertandingan Memanah Tradisional Terbuka Assafra , Putatan baru baru ini. Beliau juga muncul juara dalam Pertandingan Juara antara Juara menerima hadiah dari Presiden Stara,Mahadir Bin Mohd Kamal.

Siti Aisah juga muncul Juara individu dan juara berpasukan bagi acara Kejohanan Sukan Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan (Memanah) bertempat di Sekolah Menengah Agama Nilai Negeri Sembilan.

Ag Ismail dalam ucapan ringkasnya mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai oleh ahli-ahli Kelab Memanah Attrac Daerah Tuaran sepanjang tahun lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN