27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemaju Projek Perumahan Ganggarak Permai  diminta segera serah kunci kepada pembeli

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli mengesa Pemaju Projek Perumahan Ganggarak Permai  supaya menyegerakan proses penyerahan kunci hak milik kediaman (Double Storey) kepada pembeli  selepas tertangguh akibat pendamik COVID 19.

Ini kerana katanya, pembeli tertekan  kerana  terpaksa membayar rumah sewa dan pada masa yang sama mula membayar pinjaman rumah tersebut  yang  belum duduki.

“Sebelum ini saya telah dihubungi oleh pembeli rumah projek berkenaanyang belum menerima kunci rumah  seperti yang dijanjikan pada Disember 2020.

“Bagaimanapun  disebabkan Pandemik COVID-19 penyerahan kunci tertangguh ke tarikh Mei 2021 tetapi sehingga hari ini penyerahan kunci tidak dapat dilaksanakan  atas alasan pihak pemaju belum melaksanakan beberapa syarat yang membolehkan kunci rumah diserahkan kepada pembeli” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, memandangkan projek tersebut adalah projek usahasama kerajaan dan swasta untuk tujuan menyediakan rumah mampu milik kepada penduduk Labuan, maka sewajarnya pihak pemaju dengan kerjasama semua agensi terlibat dapat memastikan semua syarat dapat dipenuhi dan kunci diserahkan kepada pembeli secepat mungkin.

“Sebagai wakil rakyat, saya mohon pihak pembeli diberikan keadilan termasuk mengganti kerugian yang mereka hadapi” katanya.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN