30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemain industri pelancongan perlu lebih proaktif, kreatif: Azman

Azman (barisan depan ketiga dari kiri) bersama AJK Penganjur merakamkan gambar kenangan dengan Unduk Ngadau KUGCC.

KENINGAU: Pemain industri pelancongan di kawasan pedalaman perlu lebih proaktif dan kreatif dalam membawa masuk lebih ramai pelancong ke pedalaman termasuklah menggunakan platform sukan seperti golf sebagai daya penarik.

Presiden Kelab Golf dan Country Keningau (KUGCC), Datuk Azman Haji Ruslan berkata, setiap peserta akan melalui pengalaman yang unik, menggabungkan keseronokan sukan golf dengan daya tarikan budaya dan landskap pedalaman, sebagai destinasi pelancongan.

Beliau berkata demikian pada program Kaamatan Golf Challenge Trophy (KUGCC) di Keningau.

Menurut Azman, perayaan kebudayaan Kaamatan yang dirai pada kejohanan golf antara usaha yang dapat membantu  mempromosikan produk pelancongan sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan termasuk meningkatkan ekonomi pemaju pelancongan dan pengusaha perhotelan dan inap desa.

Katanya, sepanjang kejohanan ini, KUGCC telah didatangi oleh ramai pengunjung sama ada sebagai pemain, ahli keluarga, penyokong mahupun penonton dalam masa yang sama turut  mengadakan pameran komersil dan menjemput peniaga kecil bagi memeriahkan kejohanan berkenaan.

Tambah Azman, Pengisian ini tidak hanya melibatkan ahli kelab tetapi juga kepada orang ramai bagi merapatkan hubungan antara pengiat sukan golf ini yang juga ahli KUGCC dengan orang ramai yang hadir. 

Sementara itu, Pengerusi Kaamatan KUGCC 2024, Agustine Nain berkata, “Pengisian ini tidak hanya melibatkan ahli kelab tetapi juga kepada orang ramai bagi merapatkan hubungan antara pengiat sukan golf ini yang juga ahli KUGCC dengan orang ramai yang hadir.

Tambahnya,sambutan ini juga diharap dapat memberi impak yang positif dari segi perpaduan, toleransi dan silaturahim walaupun berbeza latar belakang dengan menjadikan suasana di lapangan golf ini sebagai platform untuk orang ramai bermesra, bertemu, menjamu selera dan mengeratkan persahabatan serta kekeluargaan.

Program dua hari ini turut diserikan dengan pertandingan Sugandoi, Zandi Tavanus dan Unduk Ngadau. Acara Sugandoi dimenangi oleh Maxwell Walter dengan membawakan lagu Samod Dit Ondu, pemenang kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Noven Binjamin( Tongkiad Noh Mantad Doho) dan Zurina Binti Tongkooh(Solinaid Diti).

Sementara itu Norzilla Mansing dinobatkan sebagai Zandi Tavanus KUGCC 2024, diikuti pemenang kedua dan ketiga Vivica Jisni dan Ervina Benjamin, hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ladies Captain Ahidah Rasmin.

Dalam pada itu, Unduk Ngadau KUGCC dinobatkan kepada Alstenety Shane Japrin, kedua oleh Alvera Tassry dan pemenang ketiga Deildrena Desmond, hadiah para pemenang disampaikan Presiden KUGCC Datuk Azman Haji Ruslan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN