Pahat bersama pingat gangsa yang imenangi di Kejohanan lightning International Cup Sabtu lalu di Genting.
LABUAN: Pemain badminton veteran Wilayah Persekutuan Labuan, Pahat Chalan masih berbisa apabila muncul juara
acara perseorangan lelaki pada Kejohanan International Lightning Cup yang berlangsung di Pavilion Hall Indoor Theme Park, Resort Genting Pahang, sabtu lalu.
Pahat yang menjangkau usia 70an turut melengkapkan pencapaiannya apabila meraih naib johan acara beregu lelaki dengan bergandingan bersama Dato’ Alex Ong.
Pencapaian berganda yang diraih pemain vetetan Labuan itu, membawa perkembangan positif buat badminton Labuan, selain membuktikan kemampuan pemain tempatan untuk bersaing dalam kejohanan di peringkat lebih luas.
Pahat yang aktif bermain badminton seawal tahun 70an bukan sahaja digeruni dalam acara perseorangan tetapi juga menjadi ikon dan Super King Badminton Labuan era 80an.
Kejayaan nya tidak terhenti begitu sahaja sebaliknya berterusan apabila sering kali menerima jemputan di kejohanan Senior Open luar negara dan dalam negara.
Sebelum ini beliau pernah memenangi dua pingat gangsa dalam acara perseorangan masing masing di Kejohanan Hundred Hoo Haa Cup International Badminton Tournament Indonesia 2026 dan Kejohanan Badminton Veteran Antarabangsa 2026 di Shenzen China.



