Redonah bergambar para pemenang Sodup Unduk Ngadau daerah Kota Marudu.
KOTA KINABALU:Pertandingan Unduk Ngadau bukan hanya tentang mempamerkan kecantikan.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata ia lebih daripada sebagai sebuah perayaan warisan yang begitu mendalam maknanya.
Katanya ia mempamerkan kecantikan
budaya kita, keindahan pakaian tradisional, keluhuran bahasa, keistimewaan makanan tradisi
dan pastinya semangat juang yang tidak pernah pudar.
Tambah beliau kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13.66 juta tahun ini bagi usaha pemeliharaan warisan budaya dan seni Sabah.
“Ia bagi memastikan warisan seperti pakaian tradisional etnik Sabah bukan sahaja diwarisi oleh generasi kini tetapi juga dilindungi untuk generasi akan datang. Inilah usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
“Saya berharap minat terhadap warisan budaya kita dapat dikekalkan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Para peserta pertandingan Unduk Ngadau sendiri perlu mengambil peluang untuk menjadi duta pemeliharaan budaya, bahasa dan tradisi suku kaum Kadazandusun.
“Saya percaya bahawa kemajuan tidak harus mengorbankan identiti. Kita boleh membina jalan, internet dan kemudahan tanpa melupakan tarian tradisi dan bunyi gong. Kita boleh menuju masa depan, dengan tetap menggenggam sejarah tradisi,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sodup Unduk Ngadau Kaamatan peringkat daerah Kota Marudu 2025 di Dewan Komuniti Kota Marudu semalam.
Redonah berkata pertandingan ini juga menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh pelancongan budaya melalui promosi warisan tempatan. Keunikan busana etnik Kadazan, Dusun boleh menjadi tarikan bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata, tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, ‘Kaamatan Untuk Semua’, membawa makna yang besar bahawa semangat Kaamatan tidak terbatas kepada satu kaum sahaja, tetapi adalah milik bersama seluruh rakyat Sabah.
Jelasnya pertandingan seperti dapat memberi peluang kepada pereka fesyen mempamerkan rekaan masing-masing.
Katanya dapat memberi peluang kepada Make Up Artist atau Mua untuk menjana pendapatan.
Pemenang Sodup Unduk Ngadau daerah Kota Marudu johan Ellysua Mojuning, naib johan Adzlin Madzim Edward Kibut dan tempat ketiga Florence Janis
Hadir sama Meirin Binti Sugara (Pegawai Daerah Kota Marudu Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu Tahun 2025), Marck @ Hassan Libau Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Suffian @ Silvester Majid (Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) merangkap Ajk Tertinggi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu Tahun 2025). Dr. Christoper Mandut (Ahli Jawatankuasa Pusat KDCA, Jawatankuasa KDCA Kota Marudu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu Tahun 2025), Zandi Lasni Elui (Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Daerah Kota Marudu Tahun 2025.



