27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelbagai pihak terima sumbangan dari MP Ranau.

Wakil pejabat  P.179 Ranau (kanan) menyerahkan sumbangan buah Kurma kepada wakil Hospital Ranau.

0leh: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Pejabat Khidmat Rakyat P.179 Ranau turut menyalurkan sumbangan kepada  pelbagai jabatan  dan agensi kerajaan sepanjang bulan  Ramadan tahun ini.

Sumbangan berupa makanan  dan buah kurma itu adalah idea  serta inisiatif Ahli Parlimen Ranau, Jonsthan Yasin.

Beliau memberitahu, sumbangan juga turut di berikan kepada golongan Anak Yatim dan Asnaf di beberapa buah rumah kebajikan sebagai tanda simpati kepada golongan tersebut.

Wakil PPD Ranau (kiri) menreima sumbangan disampaikn wakil pejabat Parlimen Ranau.

Jonathan  yang juga  Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia ketika di hubungi memberitahu, semua bantuan  tersebut adalah  sumbangan ikhlas sempena bulan Ramadan yang semua beragama Islam sedang berpuasa.

“Kita mengharapkam menerusi sumbangan terebut akan menambahkan lagi kekuatan hubungan silaturrahim serta persaudaraan mantap dikalangan  beragama Islam dengan saudara mara  mereka yang bukan seagama.

Wakil IPD Ranau (kiri) menerima sumbangam buah kurma disampaikan wakil Pejabat Parlimen Ranau.

“Paling utama adalah perpaduan sedia terjalin  akan terus berkekalan “, jelasnya.

Antara jabatan kerajaan yang turut menerima sumbangan ialah,  pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ranau,  Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, Hospital Ranau, Jabatan Penerangan (JaPen) Ranau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dan Pejabat RELA Daerah Ranau.

                

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN