27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelbagai insentif bagi mengekalkan pakar-pakar perubatan berkhidmat di Sabah: James

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan, Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Kementerian Kesihatan menyediakan pelbagai insentif bagi mengekalkan pakar-pakar perubatan untuk berkhidmat di Sabah khususnya di daerah Sandakan.

Menterinya, Datuk James Ratib berkata, ia termasuklah Bayaran Insentif Penempatan Pakar maksimum 2,500 mengikut gred dan Elaun Perumahan Wilayah maksimum 2 ribu ringgit mengikut gred di samping elaun pakar sedia ada untuk semua pakar perubatan terlibat.

Turut diberikan peluang untuk menjalankan khidmat kepakaran di fasiliti-fasiliti swasta mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan.

Datuk James menyatakan demikian bagi menjawab soalan ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung dan ADUN Senallang, Datuk Seri Panglima Shafie Afdal dalam Persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu mengenai perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah dan mengekalkan pakar-pakar perubatan yang berkhidmat di Sabah.

Dalam sesi sama, Datuk James memaklumkan 11 daripada 24 hospital di Sabah termasuk di daerah Sandakan memerlukan penambahan pakar-pakar perubatan.

Ia melibatkan pakar jantung dan pakar pembedahan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN