27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelbagai cabaran, dugaan telah dihadapi JKR Sabah sepanjang Tahun 2021

Robert (empat dari kanan)menerima cenderakenangan daripada Pengarah Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Haji Ali Ahmad Hamid.

KOTA KINABALU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, sepanjang tahun 2021 pelbagai cabaran dan dugaan telah dihadapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)termasuk aduan awam dari segenap media sosial.

Sehubungan dengan ini katanya, JKR Negeri Sabah khususnya perlu bangkit dan sentiasa positif walaupun mendapat pelbagai aduan daripada orang awam.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata, jabatan masih ada ruang dan peluang untuk  memperbaiki segala perkara yang berlaku pada tahun 2021 dan meningkatkan mutu perkhidmatan pada tahun ini (2022)selaras dengan Wawasan JKR Sabah “Bertekad untuk menjadi sebuah organisasi teknikal yang dihormati dan disegani dalam pembangunan infrastruktur”.

Robert melambai tangan sebagai tanda salam kepada semua pegawai yang hadir pada majlis itu.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Akhir Tahun JKR Tahun 2021 di Dewan Sri Kinabatangan JKR Sabah di sini kelmarin.

Katanya, setahun berlalu dengan penuh liku dan cabaran, pelbagai aktiviti dan pencapaian telah berlangsung sepanjang kalender 2021.

“Tahun berkenaan juga adalah tahun kedua norma baharu bagi kakitangan awam untuk menjalankan kerja-kerja bagi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kerajaan Malaysia yang telah mengambil langkah proaktif dalam usaha membendung penularan dan memutuskan rantaian wabak covid-19 dengan melaksanakan pelbagai SOP” jelasnya.

Justeru itu katanya, kita harus berbangga dengan pencapaian-pencapaian tahun 2021 dan berazam untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang pada tahun ini.

Pada masa sama Robert menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan atas usaha keras kakitangan awam Kementerian dan khususnya JKR Sabah sepanjang tahun 2021.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Kerja Raya Sabah Hassan Mahali, Pengarah Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Haji Ali Ahmad Hamid, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Edward Lingkapo, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah Leanard Poyong, Pengarah-Pengarah  dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Kerja Raya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN