25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelawat Dari Daerah Tertentu Di Sabah Perlu Jalani Pemeriksaan COVID 19 Lebih Ketat

PEMERIKSAAN…. Pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan lebih ketat pelawat dari beberapa daerah Sabah yang tiba di Labuan

Labuan: Pelawat dari beberapa daerah tertentu di Sabah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan lebih ketat ketika memasuki Labuan berikutan peningkatan kes COVID 19 di negeri itu sejak beberapa minggu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, ia bergantung kepada sejarah perjalanan mereka.

Katanya, pelawat yang meninggalkan Labuan lebih dari tiga hari mungkin perlu menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Labuan dan terminal feri.

“Mereka yang pulang ke Labuan selepas berada di Lahad Datu dan Tawau sekurang-kurangnya tiga hari wajib menjalani ujian swab.

“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) normal untuk mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan yang mempunyai peningkatan kes Covid-19,” katanya ketika dihubungi media di sini, pada Isnin.

Dr Ismuni juga menafikan khabar angin penduduk Labuan yang melakukan perjalanan ke luar pulau itu dalam tempoh 24 jam harus menjalani ujian swab dan kuarantin apabila kembali.

“Kami mengenakan prosedur normal, tidak perlu melakukan ujian swab jika keluar dari pulau dalam tempoh 24 jam.

“Kami juga perlu melihat status kesihatan mereka dan kriteria lain sebelum melakukan saringan,” katanya.

Dalam waktu yang sama, Dr Ismuni turut menasihatkan warga Labuan yang ingin ke Sabah supaya memaruhi SOP yang telah ditetapkan disamping dapat memberi kerjasama kepada barisan hadapan (Pegawai Kesihatan) di pintu masuk Terminal Feri Antarabangsa Labuan dan juga di Terminal Feri Kenderaann semasa proses saringan di jalankan.


TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN