30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai PM langkah tepat henti kemelut politik

Arthur…..Timbalan Presiden PBRS

KOTA KINABALU:Pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan merupakan satu langkah yang tepat bagi menghentikan kemelut politik negara.

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selaku komponen dalam Barisan Nasional menyokong penuh pelantikan ini dan yakin akan kemampuan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berdasarkan pengalaman luas dalam Pentadbiran Kerajaan.

Timbalan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil bagi menghadapi cabaran yang sedang dialami. 

Justeru itu Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berharap Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti perlu memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memerangi pandemik COVID-19, memulihkan semula ekonomi negara serta membantu rakyat berdepan dengan detik sukar ini.

Beliau juga berharap agar semua parti-parti politik dipohon untuk mengenepikan perbezaan dan kembali 

bertaut demi rakyat bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang sedang melanda negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN