26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 17, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelantar Tinjau pantai Sawangan Cina dibuka kepada orang awam


Mohd Sukuran ketika merasmikan PELANTAR Tinjau dipingir Pantai Sawangan Cina pada Sabtu.


LABUAN: Pelantar tinjau yang terletak di pinggir PantaiĀ  Sawangan Cina di sini mula dibuka kepada kepada orang ramai.

Projek yang bernilai RM260,000 telah pun siap sepenuhnya pada awal tahun ini.

Majlis simbolik perasmian Pelantar Tinjau berkenaan telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib pada Sabtu.

Mohd Sukuran ketika ditemui media berkata, pelantar tinjau yang baharu saja siap dibina itu menjadi salah satu destinasi para pengunjung untuk menikmati keindahan pantai khususnya melihat matahari terbit di waktu pagi disamping dapat melihat panorama gunung Kinabalu pada masa masa tertentu.

Pelantar Tinjau Sawangan Cina yang baru siap dibina.


Sementara itu, beliauĀ  turut menyeru kepada orang awam agar sentiasa menjaga kebersihan termasuk menjaga keselamatan ketika berada di pelantar tinjau berkenaan.

ā€œKita juga berharap orang ramai yang berkunjung ke lokasi ini tidak melakukan vandalisme yang boleh mencacatkan keindahan kawasan tersebutā€, katanya.

Perbadanan Labuan juga akan memastikan lokasi berkenaan dapat digunakan dengan sempurnaā€ katanya


Ā 
Ā 
Ā 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN