31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelancong luar terus kunjungi tempat menarik di Ranau

KENANGAN…Safarul (mencangkung dua kiri) bersama rombongan dari Pulau Pinang.

RANAU:  Pandemik Covid-19 yang masih belum reda melanda negara dan seluruh dunia tidak menghalang hasrat  serombongan 31 orang pelancong dari Pulau Pinang melawat lokasi-lokasi menarik di Sabah khususnya di Kundasang dan daerah Ranau.

Rombongan yang diketuai, Mohd.Safarul Azwan Bin  Mohd.Saaid  itu, telah berkinjung ke Dairy Farm Mosilau Kundasang, Taman Air Panas Poring, Bombon (Tagal) sungai Marakau danTagal Ikan  Kg.Luanti Baru.

Lawatan dua hari mereka ke Sabah juga sempat melawat Rumah Tebalik Tamparuli dan Jambatan Gantung Tamparuli selepas  melawat Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu.

Rombongan dari Kuantan Pahang

“Kami amat tertarik dengan lawatan kami ke Sabah ini, khususnya apabila berada di Kundasang dan Ranau yang menyaksikan penduduknya yang  peramah dan baik hati menyambut kami dengan hati yang terbuka”, jelas Mohd.Safarul Azman.

Menurutnya, ramai ahli rombongan telah membeli sayuran segar tanah tinggi dan  pelbagai kraftangan tempatan Sabah, sebagai cenderakenangan untuk di bawa  balik ke Semenanjung.

Tinjauan penulis ke Ranau Rabbit Farm mendapati ramai pengunjung dari Kuantan Pahang turut berintraksi dengan ratusan spesis arnab jinak dan yang lainnya mengikuti Kinabalu Sky Bike terletak bersebelahan dengan RRF.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN