29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelajari ilmu agama demi kebaikan dunia l, akhirat: Jonathan

CENDERA KENANGAN…….Rosailin (kanan) menyampaikan  kepada Datuk Jonathan diperhatikan yang lain.

KUNDASANG: Generasi muda Islam disaran agar mempelajari ilmu agama demi kebaikan di dunia dan akhirat.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, apa pun agama semuanya mendidik  manusia agar mendalami ilmu agama masing-masing demi kerukunan dan keharmonian hidup individu, keluarga dan masyarakatnya agar damai harmoni di dunia dan akhirat.

Datuk Jonathan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Darul Maaruf Masilou, terletak 5 kilometer dari pekan Kundasang baru-baru ini.

Menurutnya, menerusi didikan agama manusia akan lebih harmoni dan setia kepada agamanya, pemimpin dan negaranya.

“Saya mengharapkan agar SAR ini dapat memainkan perananya mendidik dan melahirkan generasi cemerlang serta berakhak mulia”, jelas Datuk Jonathan.

Turut berucap ialah, Guru Besar SAR, Rosailin Bin Juhimin mewakili  SAR merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan, manakala hadir sama ialah, Ketua Kampung, Ruhatin, Pengerusi JPKK, Sham Shariff dan YDP SAR, Jumaidi Lasim bersama lebih 50 orang penduduk setempat.

SAR Darul Marof Masilou, yang berdaftar di bawah JHEAINS sejak 2010 atas nama serta
inisiatif persendirian kini mempunyai 100 orang pelajar  manakala kos pembinaannya dibiayai  dermawan individu  termasuk Datuk Jonathan.

Menyertai rombongan  Datuk Jonathan ialah, Staf daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN