26.1 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelajar wajar kuasai banyak bahasa: Harun

CENDERAKENANGAN… Asri (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Harun sambil di saksikan oleh Rohana. Foto: AJM

OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN & JALIL MADARIN

PITAS: Para pelajar disarankan agar menguasai pelbagai bahasa untuk memudahkan mereka menimba ilmu dalam pelbagai bidang dari pelbagai bahasa di dunia ini

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil dan Gas Development Corporation Sdn Bhd, Datuk Haji Harun Haji Ismail berkata dengan menguasai pelbagai bahasa memudahkan mereka membuat rujukkan dalam pelbagai bahasa utama di negeri ini

“Ilmu bukan saja boleh kita perolehi dalam satu bahasa saja tetapi dalam pelbagai bahasa terutama bahasa antarabangsa seperti Inggeris, Melayu, Perancis, Arab, Mandrin dan sebagainya,” kata Harun.

Dalam hubungan ini katanya ibu bapa wajar memberikan galakkan anak-anak mereka mempelajari pelbagai bahasa utama di dunia ini.

Harun berkata ibu bapa juga perlu memberikan dorongan kepada anak-anak mereka untuk terus mengulang kaji setiap mata pelajaran yang mereka pelajari.

“Kalau di sekolah masa belajar mereka terhad berbanding ketika berada di rumah dengan mengulang kaji pelbagai mata pelajaran selain mata pelajaran matematik, sains dan sebagainya pelajar juga wajar meningkatkan bahasa lingua franca selain bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

” Untuk memahirkan kita bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan bahasa Arab dan bahasa lain kita perlu bercampur atau berbual dengan mereka yang mahir dalam bahasa asing ini.

Katanya lagi, para pelajar mesti menguasai banyak bahasa dan selalulah berdamping dengan rakan mereka yang sering bertutor dalam bahasa Inggeris, mandarin, Arab atau bahasa lain kerana dengan baik.

“Menguasai pelbagai bahasa adalah yang terbaik bagi seseorang pelajar yang ingin berjaya dalam kehidupan dan masa depan mereka,”tegas Harun.

Dalam hubungan ini beliau menasihatkan kepada ibu bapa pelajar jika mahu anak mereka cemerlang dalam pembelajaran dan karier mereka mestilah sentiasa memantau dan membimbing agar anak mereka fokus kepada pembelajaran yang menjadi jaminan kepada kejayaan mereka nanti.

Harun berkata demikian dalam Mesyuarat Agung Tahunan


Justeru itu, mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Pelajar (PIBG) Sekolah Rendah Pingan- Pinggan Sessi 2025/2026 di Pitas.

Beliau mesyuarat agung seperti ini merupakan platform terbaik untuk ibu bapa dan guru untuk saling berkomunikasi diantara satu dengan lain menyuarakan pendapat masing-masing demi memastikan keberkesanan sistem pembelajaran kepada anak-anak tercapai dengan jayanya.

Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) dan Timbalan Ketua Bahagian PGRS Bahagian Pitas turut mempertimbangkan permohonan warga pendidik SK Pinggan-Pinggan menyumbang sebuah TV berukuran 85 inci untuk dijadikan screen utama sekolah tersebut.

ABADIKAN KENANGAN .. Harun, Rohana dan Asri mengabadikan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa pelaksana program yang terdiri dari ibubapa dan guru sekolah tersebut.

Terdahulu, Guru Besar SK Pinggan-Pinggan Puan Rohana Aling antara lain berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan hala tuju penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam tiga golongan iaitu Gelombang Tiga (2021-2025) menggalakkan lebih banyak inovasi daripada sektor swasta.

“Malah diharapkan gelombang tiga yang digariskan itu dapat dilaksanakan demi memastikan semua murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan, semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan kemenjadian murid dapat dicapai melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai,” tambahnya.

Sehubungan itu, Rohana berharap ibu bapa agar terus membimbing anak-anak mereka sewaktu berada di rumah kerana untuk menjadi seorang pemimpin yang inginkan akademik yang cemerlang memerlukan jangka masa yang panjang.

Hadir sama, YDP SK Pinggan-Pinggan, Asri Tatoh, Penolong Kanan Pentadbiran Rheta Debully Maripa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Rosmawati Sindong, Penolong Kanan Ko Kurikulum Roger Samin.

Turut hadir, Pegawai Khas kepada Datuk Harun, Abdul Majit Tarip@Man, seluruh ahli jawatankuasa PIBG dan warga pendidik SK Pinggan-Pinggan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN