RANAU: Para pekebun kecil Sawit di daerah ini disaran supaya mengusahakan kebun tanaman sawit masing-masing secara bersungguh-sungguh disamping menyerti Koperasi Penanam Sawit sebagai landasan menikamati sumbangan daripada pihak kerajaan khususnya dari MPOB.
Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, untuk mencapai hasil lumayan serta kemajuan dalam bidang penanaman Sawit sama ada persendirian mahupun menerusi Koperasi para ahli perlu mendaftar sebagai ahli koperasi untuk menikmati pelbagai kemudahan bantuan daripada agensi kerajaan agar terus maju pada masa akan datang.
“Usaha tidak bersungguh-sungguh perlu dikikis dan dielakkan kerana ia tidak menguntungkan malah merugikan diri sendiri”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama Koperasi Penanam Sawit Mampan peringkat Daerah, di Dewan Kisora Kg.Kigiok Ranau pada Rabu.
Datuk Jonarhan memuji Jawatankuasa Mesyuarat Agung itu, kerana berjaya menganjurkan mesyuarat dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang sejak penubuhannya sejak 2016.
Beliau mengharapkan mesyuarat itu menjadi titik-tolak untuk kemajuan kepada Koperasi dan para penanam sawit di daerah Ranau dengan mencontohi kejayaan koperasi yang sudah jauh lebih maju seperti Koperasi Taman-Taman Sabah, Koperasi Kg.Sinisian dan banyak lagi yang sudah menikmati ratusan ribu pendapatan bulanan.
“Saya telah difahamkan seramai 1,571 orang penanam kecil sawit di Ranau namun, dengan keluasan lebih seribu hektar mamun hanya 35 orang yang tampil mendaftar menjadi ahli Koperasi.
“Dengan sebab itu saya mengarapkan jumlah keahlian Koperasi ini akan meningkat dari masa ke semasa”, jelas Datuk Jonathan sambil mengumumkan kemajuan kelulusan RM10 ribu untuk Koperasi Penanam Sawit Mampan daerah Ranau bagi meringankan beban kewangan koperasi untuk melaksanakan program yang difikirkan perlu demi faedah dan manfaat kepada ahli.
“Kita bersedia membantu membiayai kos keperluan pada masa akan datang dengan syarat Kopersai ini menunjukan prestasi yang cemerlang melibatkan para pekebun kecil sawit dan ahli koperasinya”, tegas Datuk Jonathan.
Turut berucap ialah, mantan Pengerusi Persatuan penanam Sawit Ranau, Harimin Bin moidi dan Pengerusi SKM Ranau, Mohd.Safri Bin Roslan dan dihadiri para ahli koperasi berdaftar bersama Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.