OLEH SALWAH ARAMAT
Admin: Johnny G.
RANAU : Cadangan pewujudan Pekan Kecil Paginatan terletak kira-kira 40 kilometer dari pekan di sini, akan menjadi satu realiti apabila segala infrastruktur kemudahan dan pelan lokasi akan dapat disediakan tidak lama lagi.
Ahli Dewan Undandangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata, pewujudan pekan kecil itu yang terletak dikeluasan 200 ekar amat dinanti-nantikan agar dilaksanakan
sebaik sahaja kemudahan seperti Pejabat Pentadbiran daerah kecil dan pelbagai kemudahan jabatan yang lain dapat disediakan bagi memberi manfaat kepada penduduk dari puluhan buah kampung di kawasan DUN N.31 Paginatan.
Abidin ketika menghadiri satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pekan Kecil kawasan itu di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Ranau (MDR) yang dipengerusikan Pegawai Daerah Ranau,
Mohd Yasin Bin Ibrahim baru-baru ini, mengharapkan kepada Jawatankuasa Kecil yang telah dibentuk dapat mempastikan kelancaran penyediaan prasarana pekan kecil itu untuk memudah-cara serta mempercepatkan penduduk berurusan dengan sesebuah
jabatan kerajaan tanpa ke pekan Ranau.
“Dengan wujudnya pejabat jabatan jabatan kerajaan dan agensinya di pekan kecil itu kelak, akan memudahkan urusan penduduk dengan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang lain tanpa ke
pekan Ranau yang terletak berjauhan”, jelas Abidin.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd Hisyamuddin Bin Harun dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri.