ADVERTISEMENTspot_img

Pegawai Daerah Ranau adakan kunjungan hormat kepada MP Ranau

Datuk Jonathan (duduk enam dari kiri) dan Tinus (duduk lima dari kanan)merakam gambar kenangan bersama staf yang hadir.

RANAU: Kunjungan hormat Pegawai Daerah Ranau,   tuan Tinus Bin Manggam bersama rombongannya ke Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen P.179 Ranau menjadi titian mesra dan ikatan silaturrahim,  antara staf Pejabat Daerah dengan staf pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Ketibaaan rombongan Tuan Tinus,  disambut mesra staf Pejabat Khidmat Rakyat Ranau diketuai Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Tinus ketika ditemui, berterima kasih kepada Datuk Jonathan  kerana sudi menyambut ketibaan staf Pejabat daerah Ranau yang mengadakan Kunjungan Hormat buat julungkalinya.

“Kunjungan Hormat  yang julungkali ini adalah mampu memperkukuhkan   hubungan sedia terjalin  antara kami sejak saya memagang tugas sebagai Pegawai Daerah menggantikan tuan Jumain Bin Abd.Ghani yang telah dinaikkan pangkat menerajui kepimpinan sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS)”,  jelas Tinus.

Beliau mengharapkan menerusi Kunjungan Hormat itu akan mempertingakatkan lagi kerjasama dikalangan mereka untuk membangunkan daerah Ranau sebagai antara daerah yang membangun di Sabah, menerusi kerjasama  Jabatan kerajaan Negeri dan jabatan  Persekutuan.

Sementara itu Datuk Jonathan, mengharapkan menerusi kunjungan tersebut akan memantapkan perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan kedua-belah pihak  menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam membantu memajukan rakyat di daerah Ranau.

Menurut Datuk Jonathan, peranan Pejabat Daerah dan pejabat Parlimen Ranau adalah seiring- sejalan  memajukan daerah dalam aspek pembangunan infrastruktur untuk dinikmati rakyat tanpa memilih kaum, agama dan idologi politik.

“Peranan kita adalah sama untuk membangunkan daerah Ranau khususnya, dalam aspek infrastruktur  asas seperti Jalan Raya  yang baik, bekalan air bersih  dan  bekalan letrik untuk dimanfaatkan lapisan rakyat”, tambah Datuk Jonathan.

Kunjungan itu berakhir dengan jamuan ringan dan sesi merakam gambar kenangan dikalangan mereka yang hadir.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN