31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PEJABAT DAERAH DAN UPPM ANJUR TAKLIMAT JPKK TASK FORCE PEMUTIHAN E-KASIH DAN PEMBANGUNAN

0leh: Syukri Saridih

RANAU: Pejabat Daerah Ranau dengan Kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) daerah ini telah menganjurkan program siri taklimat Task Force Pemutihan E-Kasih dan Pembangunan bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) bertempat di Dewan Masyarakat Ranau pada 17 dan 18 Januari 2022.

Taklimat dua hari itu disertai UPPM DUN N.36 Kundasang, N.37 Karanaan, dan N.38 Paginatan yang bertujuan memberikan penerangan mengenai Program Pemutihan Sifar Miskin Tegar 2025 Negeri Sabah bagi mengatasi masalah miskin tegar dalam kalangan penduduk di daerah ini.

Program ini telah dirasmikan Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir, dan turut dihadiri Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN N.37 Karanaan, Rosdi Abd Ghani, Pegawai Pembangunan dan Unit Kesejahteraan Rakyat Daerah Ranau, Samdin Rijin, dan barisan Pengerusi JPKK di DUN Karanaan.

(Kiri) sesi taklimat, (kanan) sebahagian peserta yang hadir

Syahrin Samsir dalam ucapannya menitikberatkan bahawa JPKK memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam mengambil berat mengenai keprihatinan penduduk kampung.

“JPKK adalah satu jawatan yang penuh dengan tanggungjawab. Selain menjadi pemimpin di peringkat kampung, pihak JPKK juga memainkan peranan penting membantu pihak kerajaan mengenalpasti penduduk kampung yang layak tersenarai di dalam status e-Kasih”

“Bantuan JPKK ini akan memudahkan pihak pengurusan di peringkat Pejabat Daerah Ranau dan kerajaan dalam menyenaraikan penduduk kampung yang layak menerima bantuan yang selayaknya diterima oleh mereka.

“Tambahan pula, bantuan JPKK ini akan mempercepatkan proses mengenalpasti penduduk-penduduk tersebut,” katanya.

(kiri) Syahrin ketika berucap merasmikan program, manakala (kanan), Rosdi, PPM Karanaan.

Sementara itu, Rosdi Abd Ghani berkata, taklimat Pemutihan Sifar Miskin ini penting bagi Pengerusi JPKK di setiap kampung agar sentiasa peka kepada keadaan ekonomi penduduk kampung. Ini penting kerana keadaan ekonomi berkait rapat dengan emosi penduduk kampung tersebut.

”Dengan inisiatif ini, penduduk kampung akan menerima kebaikan dan seterusnya meningkatkan kepercayaan kepada JPKK tersebut.

“Program seperti ini memberi input kepada JPKK bagaimana cara mengatasi masalah penduduk dan membantu melalui e-Kasih. Diharap menerusi program ini, JPKK akan mampu memberi penerangan yang sebaiknya kepada penduduk kampung masing-masing,” jelas Rosdi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN