32 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pejabat Adun Kadamaian Anjur Pertandingan Video Kreatif #StayAtHome

OLEH.MARRYAN RAZAN

KOTA BELUD: Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian menganjurkan pertandingan video kreatif pendek #StayAtHome sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif tersebut diadakan bagi menggalakkan pematuhan MCO khususnya bagi komuniti di DUN Kadamaian.

Ewon mengadakan perbincangan bersama Pegawai Daerah Kota Belud Diyannah Abdullah mengenai usaha membendung penularan Covid-19.

“Bagi komuniti di DUN Kadamaian, video pendek kreatif 15-30 saat masa berkualiti bersama keluarga sepanjang tempoh MRO boleh dikongsikan di laman facebook page Pejabat Perhubungan ADUN N7 Kadamaian. Video kreatif ini akan menerima hadiah daripada kami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah menggesa semua rakyat Sabah memberi kerjasama terbaik bagi menghapuskan penularan pandemik Covid-19 dan menjayakan MCO.

Sementara itu, sebagai sokongan kepada Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Belud dalam usaha membendung penularan Covid-19, beliau turut memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada jawatankuasa itu.

“Oleh kerana sambutan Kaamatan Peringkat Daerah ditiadakan pada tahun ini, maka sumbangan di bawah Program Touchpoints saya selaku Adun Kadamaian untuk sambutan ini sebanyak RM20,000 saya salurkan kepada jawatankuasa ini.

“Sumbangan itu akan digunakan untuk membeli keperluan-keperluan yang difikirkan bersesuaian termasuk bekalan mentah makanan kepada isurumah keluarga yang dikuarantin oleh Jabatan Kesihatan.

“Saya melawat Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana Covid-19 Pejabat Daerah Kota Belud, dua hari yang lepas (Jumaat) dan telah menyampaikan sumbangan itu. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu usaha membendung penularan Covid-19,” katanya. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN