32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PDRM Ranau bertugas sepanjang PKP terima sumbangan

Oleh: Aduka Jasnin Suman

RANAU: Pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini mendapat simpati pelbagai pihak.

Pada Sabtu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah menerima barangan makanan dan minuman disumbangkan Pasaraya Sabindo di sini. Sumbangan berupa air minuman, serbuk kopi dan biskut kering disampaikan sendiri pengurusnya, Kong Soon Choi.

AH CHOI (kanan) menyampaikan sumbangan kepada DSP Sammy sambil disaksikan beberapa pegawai PDRM Ranau

Menurut Choi, makanan dan miniman tersebut adalah untuk keperluan pegawai dan anggota sepanjang menjalankan tugas-tugas genting menangani wabak covid 19 di daerah Ranau.

“Sumbangan ini diberikan secara ikhlas kepada pasukan PDRM di sini atas kesedaran betapa pentingnya penugasan pasukan PDRM dalam melaksanakan PKP  bagi mengekang penularan wabak maut ini, khususnya di kalangan masyarakat Ranau,” kata Choi. 

Selain Pasaraya Sabindo, turut menyampaikan sumbangan sama, ialah ADUN Kundasang merangkap Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang, Datuk Dr.Joachim Gunsalam yang diwakili Setiausaha Bahagian Parti itu, Japli Sami.

Japli berkata, sumbangan ikhlas tersebut merupakan sokongan padu Wakil Rakyat Kundasang kepada pihak PDRM Ranau yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab menangani wabak Covid-19.

JAPLI (kiri).. mewakili Dr.Joachim menyampaikan sumbangan kepada DSP Sammy, sambil disaksikan rombongan, pegawai dan anggota PDRM Ranau.


Beliau turut menyeru agar masyarakat di sini terus bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk sama-sama  membendung wabak tersebut daripada terus merebak dengan mematuhi PKP.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Sammy Newton, berkata PDRM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua pihak yang tampil menyumbangkan barangan berkenaan.

“Menurut beliau, ini merupakan kolobrasi khidmat sosial yang terpuji dilakukan oleh mereka dalam saat-saat negara khasnya daerah Ranau berhadapan dengan cabaran penularan wabak Covid-19.  

“Saya bersama barisan pegawai serta anggota PDRM daerah ini akan terus meningkatkan usaha dalam membantu kerajaan menjayakan PKP sehingga 31 Mac ini,” kata DSP Sammy.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi segala arahan  ditetapkan oleh kerajaan dalam tempoh PKP. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN