26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PDR tewaskan PDT 7-2

Jumain (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Celestine disaksikan yang lain.

RANAU:  Pasukan Pejabat Daerah Ranau (PDR) berjaya menewaskan pasukan Pejabat Daerah Telupid 7-2 dalam satu perlawanan persahabatan di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) pada Jumaat.

Tujuh jaringan pejabat daerah Ranau dihasilkan menerusi para pemain sensasinya  yang terdiri daripada Canisus Justin (2 gol), Wilson Miun (2 gol), Sham Roger(1 gol),  Hasinin Kinsim (1 gol) dan Jerry  Chan (1 gol).

Sementara Pejabat Daerah Telupid meraih 2 gol dihasilkan menerusi   Faizal Dumil dan Cristino Likob.

Pegawai Daerah Ranau selaku ketua pasukan, Jumain Bin Abdul Ghani ketika ditemui menyifatkan perlawanan persahabatan itu sebagai ruang dan peluang untuk memperkukuhkan perpaduan, kemesraan dan Silaturrahim dikalangan kakitangan awam.

KENANGAN…..Pasukan Pejabat Daerah Ranau (berdiri) bersama pasukan Pejabat Daerah Telupid merakam gambar sebelum memulakan perlawanan Persahabatan.

“Perlawanan Bola Sepak Persahabatan yang diadakan ini, adalah antara aktiviti bersama bagi memupuk dan meningkatkan semangat muhibbah sedia terjalin diantara kami”, jelas Jumain.

Pegawai Daerah Telupid yang juga mengetuai pasukan, Celestine  Jetong pula merakam penghargaan dan terima kasih atas sambutan mesra para kakitangan pejabat daerah Ranau.

“Perlawanan Bola Sepak Silaturrahim ini adalaah antara aktviti sempena kunjungan kami yang julungkali ke daerah Ranau”, jelas Celestine, sambil mempelawa pasukan pejabat daerah Ranau untuk mengadakan kunjungan balas ke Daerah Telupid.

“Kita sentiasa bersedia dan mengalu-alukan serta menyambut mesra lawatan balas pasukan pejabat daerah Ranau ke daerah Telupid”, tambah Celestine.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN