30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PBS TULID TERUS DIPERKUKUH : KB SUMAN YASAMBUN

Suman(lima dari kanan)menerima borang keahlian PBS bagi PDM Sinulihan Baru daripada Dr Roslan Ladi

0leh: Francis Andin


KENINGAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN N.44 Tulid, terus diperkukuh dengan pendekatan yang lebih strategik dan bermanfaat untuk berjuang demi rakyat, ini termasuklah memperkasakan kepimpinan akar umbi, turun padang meninjau masalah rakyat, untuk dibawa dan dikemukakan kepada kerajaan bagi mendapat keutamaan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Ketua Bahagiannya Suman Yasambun berkata selain menambah keahlian baru, pihaknya akan memastikan agenda pembangunan merangkumi prasarana pendidikaan, ekonomi, sosial dan kemudahan rakyat akan terus diperjuang.


Katanya ini termasuklah membantu rakyat mendapatkan dokumen tanah yang telah lama dipohon tetapi masih belum mendapat geran, membantu mengeluarkan kawasan kampung yang diduduki penduduk sekian lama sebagai kawasan tanah penduduk yang sah.


Pada masa ama katanya dalam jangka masa panjang, sebagai pemimpin yang terlibat langsung memelihara khazanah suku kaum Bumiputera Sabah khasnya KDCA, impian rakyat Sabah untuk menubuhkan sebuah Universiti KDCA akan menjadi kenyataan kelak dengan adanya kesepakatan pemimpin negeri ini yang diterajui GRS.


“ Kita berharap kestabilan politik yang ada dinegeri ini akan memudahkan pemimpin atasan parti memperjuangkan apa juga cadangan dan halatuju kepimpinan parti hari ini dan akan datang dapat dicapai dan diusahakan bersama”katanya selepas majlis menerima Penyerahan borang keahlian PBS Tulid PDM Sinulihan yang terdiri daripada 8 buah kampung berdekatan.


Sehubungan itu, Suman menyeru kepada semua barisan kepimpinan PBS DUN Tulid supaya bersiapsiaga pada bila-bila masa dan terus berjuang demi rakyat dan memastikan siapa saja calon daripada komponen GRS yang bakal bertanding kelak akan dapat memenangi hati rakyat, seterusnya mencapai kejayaan.


“ Saya berharap semua AJKT dan ahli PBS supaya terus saja berjuang dengan mengutamakan parti, soal calon kita serahkan kepada pucuk pimpinan Parti ini (PBS) dan kita tetap bersiap sedia jika sudah sampai masa dan ketikanya”katanya.


Dimajlis itu, Borang keahlian baru di sampaikan oleh Dr. Roslan Ladi dari PDM Sinulihan. Hadir sama Timbalan Ketua Bahagian Andrey Asang, Naib 2 Matusin Timam , Dr Joynes Longkiad, Robin Asang , Jusper dan Hasipin. Majlis ringkas itu dimeriahkan lagi dengan jamuan makan malam bersama ahli baru.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN