Robert (tiga dari kanan)bersama rombongan semasa meninjau banjir di Kampung Gasabon pagi tagi.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta penduduk yang terlibat dengan banjir mematuhi arahan jika dikehendaki oleh pihak berkuasa berpindah di Pemindahan Sementara (PPS) yang sediakan.
Katanya, penduduk yang terlibat perlu berbuat demikian untuk sebagai langkah keselamatan.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian kepada media selepas menyertai operasi memindah mangsa banjir di Kampung Gasabon pagi tadi.
“Saya menasihati agar para penduduk yang berada di kawasan rendah dan mempunyai risiko untuk berlaku banjir kilat agar dapat lebih berhati-hati dan berpindah lebih awal jika keadaan semakin membimbangkan berikutan cuaca yang tidak menentu kini” katanya.
Robert bersama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau bertungkus lumus mengeluarkan mangsa banjir di kawasan tersebut.
Beliau memberitahu, sebanyak 10 keluarga dengan bilangan 68 orang di Kampung Gasabon dipindahkan di PPS Dewan Masyarakat Apin-Apin hari ini.
Dalam operasi itu Robert turut menaiki Bot Penyalamt untuk memujuk beberapa Isi Rumah yang terlibat banjir enggan berpindah di tempat yang selamat.
Turut sama dalam operasi itu, jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.