SIMBOLIK… Doughty (empat dari kiri) menyampaikan sepasang baju korporat LCC kepada Patrick sambil disaksikan oleh ahli-ahli LCC.
LABUAN: Ahli Perniagaan dalam Industri Maritim, Datuk Seri Patrick Tiong dilantik sebagai Penaung Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Labuan (LCC).
Pelantikan Patrick telah mendapat sokongan sebulat suara pada Mesyuarat Agung Tahunan LCC yang diadakan baru baru ini.
Pengerusi LCC Daniel Doughty berkata pelantikan itu selepas mempertimbangkan kepimpinan Patrick yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan khususnya maritim di peringkat nasional dan global.
“Patrick telah bekerja dalam industri berkaitan maritim selama lebih empat dekad dan mewakili spektrum luas industri maritim.
“Daripada pengangkutan, logistik kepada pengurusan pelabuhan dan pemindahan kargo kapal ke kapal, semua ini telah memenangi penghormatan beliau berdasarkan kejayaan dan profesionalismenya”kata nya dalam satu kenyataan media di sini.
Dalam pada itu, Doughty turut menzahirkan rasa terima kasih atas persetujuan Patrick untuk dilantik sebagai Penaung dan beliau yakin, Patrick bukan sahaja mampu berkongsi semangat tetapi lebih komited dalam memajukan misi dewan Labuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Labuan yang lebih mampan.
Jelas Doughty, LCC kekal komited kepada objektif terasnya untuk memacu kemajuan ekonomi, memupuk inovasi dan menyokong kepentingan komuniti perniagaan Labuan.
“Dengan Patrick Tiong sebagai penaung, dewan itu yakin dengan keupayaannya untuk memanfaatkan kepakaran dan bimbingannya untuk melaksanakan strategi dan inisiatif berkesan yang akan melonjakkan landskap perniagaan Labuan kearah yang lebih tinggi.