ATLET…..Haji Rithuan dan Rashid bersama atlet Ragbi Wanita Tujuh Sebelah Labuan yang akan terpilih untuk temasya SUKMA Sarawak.
LABUAN: Pasukan Ragbi Wanita tujuh sebelah Labuan menyasarkan pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Presiden Persatuan Ragbi Labuan, Rashid Adlie berkata, pasukan Ragbi wanita tujuh sebelah Labuan yang akan mewakili Wilayah Persekutuan telahpun bersedia untuk bersaing sekalipun telah diletakkan dalam kumpulan maut bersama Sabah, Selangor dan Terangganu.
“Pemain Ragbi Wanita Labuan telahpun menjalani latihan intensif sejak dua tahun lalu dan bertekad untuk mengutip pingat emas untuk kontijen Wilayah Persekutuan”, katanya pada Majlis Penyerahan pakaian dan peralatan sukan kepada atlet Ragbi Wanita Labuan yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Labuan di sini pada Khamis.

SERAH…Hj. Rithuan menyerahkan pakaian dan peralatan sukan kepada atlet Ragbi Wanita Labuan
Salam pada itu, Rashid juga yakin pasukan Ragbi Wanita Tujuh Sebelah Labuan mampu membuktikan kehebatan mereka ini kerana mereka merupakan pasukan yang pernah beraksi bukan sahaja diperingkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa mewakili negara.
Seramai 12 pemain Ragbi Wanita Labuan telah dipilih untuk mewakili Wilayah Persatuan membabitkan enam pemain senior dan enam lagi muka baru.