27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan penyelamat bertindak pantas selamatkan seorang pendaki

Mangsa (tengah) telah diangkat selamat ke Timpohon Gate dan dibawa untuk rawatan lanjut oleh unit EMRS

RANAU: Pasukan penyelamat terpaksa bertindak pantas selepas seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan di kaki ketika turun dari Gunung Kinabalu di sini pada Sabtu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.36 petang di Kilometer 3 berhampiran Pondok Lowi di Gunung Kinabalu.


Dalam kejadian itu, katanya, seorang pendaki lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun dari Kuala Lumpur tiba-tiba mengalami komplikasi ketika menuruni gunung selepas menakluki gunung itu awal pagi itu.


“Bilik kawalan BBP Ranau menerima panggilan kecemasan daripada pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) Pegawai Bomba Bantuan PBB Ranau memaklumkan seorang pendaki mengalami kekejangan otot paha.


“Kami kemudiannya bergegas sepasukan penyelamat diketuai Pegawai Operasi PB Neil Thompson ke lokasi yang terletak kira-kira satu kilometer dari pos penyelamat.


“Pasukan MOSAR memberikan rawatan awal dan kemudian membawa mangsa turun menggunakan Robinson Stretcher ke Timpohon Gate. Mangsa dibawa jentera EMRS untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 4.10 petang,” katanya.


Ridwan berkata lelaki itu menjadi mangsa kedua bagi April 2022 dan mangsa ke-24 kecederaan di Gunung Kinabalu tahun ini.


Pada bulan Januari lapan pendaki mengalami pelbagai jenis kecederaan semasa mendaki Gunung Kinabalu, pada Februari terdapat 10 kecederaan dilaporkan, dan pada Mac, terdapat empat kecederaan dilaporkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN