ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan MUFC Legend  Lahad Datu FC muncul Juara Kejohanan Bola Sepak Piala MP Ranau

JUARA…Pasukan MUFC Legend Lahad Datu menerima piala Johan disampaikan Datuk Jonathan (kanan).

RANAU: Pasukan MUFC Legend  Lahad Datu FC muncul Juara keseluruhan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Mix Veteran Piala MP Ranau 2024 Sabah Open yang berlangsung selama dua hari (6-7 Julai), di padang A Kompleks Sukan Ranau.

Dengan kemenangan itu  pasukan Juara membawa hadiah wang tunai RM10 ribu berserta Medal disusuli Naib Juara yang disandang pasukan Kota Belud Mix yang turut menerima hadiah sebagai Pasukan Terbaik membawa hadiah wang tunai RM7 ribu bersama Medal.

Tempat Ketiga disandang Ranau Clasico berkongsi
mata dengan pasukan Marvilla masing-masing membawa hadiah wang tunai RM3 ribu berserta Medal.

Sementara itu, Bok Shiang dari pasukan Kimanis Vet, di nobatkan sebagai Penjaring Terbanyak (6 gol), manakala Pemain Terbaik diberikan kepada Rahim Sahang dari pasukan MUFC Legend Lahad Datu dan Penjaga Gol Terbaik disandang oleh Lawrensius Petrus juga dari MUFC Legend Lahad Datu.

Hadiah-hadiah telah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pilihan Khas (JPKP) Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang juga penyumbang utama hadiah kejohanan yang julungkali diadakan itu, melibatkan 20 pasukan dari luar daerah dan 12 pasukan dari daerah Ranau.

KENANGAN…Pasukan Ranau Clasico merakam gambar bersama Datuk Jonathan (belakang tengah) dan Staf pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Jonathan dalam ucapan perasmian penutupan kejohanan, memuji penyertaan 32 pasukan yang mempamerkan kualiti, mutu permainan  dan semangat kesukanan yang terbaik.

“Tahniah dengan  penyertaan anda semua, kalah menang adalah lumrah dalam apa juga jenis permainan yang penting kita semua bertemu dalam semangat persaudaraan dan perpaduan”, jelas Jonatan.

Beliau mengharapkan lebih banyak pasukan akan menyertai kejohanan bolasepak atau permainan yang lain pada masa akan datang sebagai landasan kukuh mencungkil dan mengasah bakat  serta potensi untuk bersaing ke kejohanan diperingkat lebih mencabar.

“Kepada Ranau Clasico sebagai penganjur kejohanan tahun ini, diucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya mengelola kejohanan melibatkan penyertaan pasukan dari luar daerah.

“Kita sedia membantu setakat yang terdaya bagi membiayai kejohanan melibatkan para belia dan golongan veteran sebagai benteng para belia-beliawanis daripada terlibat dengan  kegiatan tidak bermoral yang boleh merosakkan masa depan mereka”, tambah Jonathan.

.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN