MU(depan) bersama pasukan Kiau FC dan para pengadil perlawanan merakam gambar sebelum perlawanan Bola Sepak Persahabatan.
RANAU: Pasukan Mantap United (MU), menewaskan pasukan Kiau FC 5-1 pada perlawanan Bola Sepak Persahabatan di padang Majlis Daerah Ranau (MDR).
Gol MU diperoleh meneeusi para pemain sinsasinya iaitu, Albert Sulingkib (2 gol), Wilson Miun (2 gol) dan satu gol lagi oleh Jaison Musi. Manakala jaringan tunggal pasukan Kiau FC menerusi Arlond Miranda.
Pengurus pasukan MU, Adzuan Jamal ketika ditemui memberitahu perlawanan persahabatan itu diadakan adalah bertujuan mengeratkan Silaturrahim dan persaudaraan sedia terjalin dikalan pemain kedua-dua paaukan serta penduduk setempat.
“Perlawanan persahabatan ini juga kami adakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini bagi memupuk permuafakatan, keharmonian dan persaudaraan antara kami”, jelas Azuan.