CENDERAMATA…. Ketua pasukan MEVEC bertukar tukar cenderama bersama Dul Alias (kiri)
LABUAN: Pasukan Bola Sepak Merapok Club (MEVEC) menang tipis menewaskan pasukan tuan rumah Labuan Legend dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di padang Sentetik Kompleks Sukan Labuan, baru-baru ini.
Bagaimanapun dalam satu lagi perlawanan pasukan MEVEC tewas kepada pasukan Pilihan JBS/LAFA dengan jaringan 3-1.
Pasukan Bola Sepak MEVEC) adalah dalam rangka lawatan muhibah ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan disamping meningkatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pemain veteran bola sepak kedua-dua pasukan.
PASUKAN pilihan JBS/LAFA bersama pemain MEVEC Lawas (duduk)
Pasukan pelawat itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Mohamad Syahffie Haji Japril dan Presiden LAFA, Sophian Said di atas kesudian mereka menerima baik kunjungan pasukan MEVEC ke Labuan baru-baru ini.
Manakala ketua pasukan Labuan Legend, Dul Alias berkata pasukannya akan mengadakan lawatan balas ke Lawas dalam masa terdekat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan MEVEC yang menjadikan Labuan sebagai lokasi untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dalam rangka lawatan mereka selama dua hari.