29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Karate Labuan sasar tiga pingat

Gambar: ATLET pasukan karate Labuan bersama Mohd Ismirifarial (tengah) dan Aswadee (empat dari kanan) yang akan menyertai kejohanan tersebut. 

LABUAN: Pasukan  Karate Labuan meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna pada dua  kejohanan Karate Senior Kebangsaan ke-40” dan Karate Kadet dan Remaja Kebangsaan kali ke-30.Kedua dua kejohanan akan diadakan di Dewan MPSJ Serdang Selangor  dari (17-20 Febuari) anjuran Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).

Menurut Ketua Jurulatih Karate Labuan, Aswadee Taba, pada kejohanan itu pasukannya telah menyenaraikan   tujuh orang atlet yang akan bertanding dalam sembilan kategori.

Jelas beliau,  empat daripada atlet tersebut merupakan muka baru yang akan bersaing untuk pertama kalinya diperingkat kebangsaan masing-masing  Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal kategori Kadet Kumite Lelaki +70kg, Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi (Kadet Kata Perempuan), Adib Abdullah Mohd Dzulfadly (Junior Kumite Lelaki 55 kg) dan Zachaeus Dunang Jerangku (Junior Kumite Lelaki 60kg).

“Manakala tiga atlet lagi merupakan  atlet senior  iaitu  Syarulniza Abdul Jamil yang akan beraksi bagi  kategori Senior   Kumite Perempuan  61kg),  Sam Hiang Fong (Senior  Kata Perempuan) dan  Mohamad Azib Aiman Mohamad Affendi (Senior Lelaki Kumite 61kg)“ Ketiga tiga mereka ini menjadi sandaran Persatuan Karate Labuan untuk mendapatkan sebarang pingat” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Aswadee berkata, pasukan Karate Labuan akan diiringi oleh  tiga orang pegawai yang diketuai Presiden Persatuan Karate Labuan, Mohd Ismifarizal Mohammed Isyak, Pengurus Pasukan, Mohamad Affeindi Abas dan beliau sendiri selaku ketua jurulatih.

Turut sama Jurulatih Pelapis Kebangsaan KATA, Mohd Norfarhan Nordin yang diberi tanggungjawab  menilai prestasi atlet  yang bertanding pada kejohanan itu untuk diserapkan pada skuad Pelapis Kebangsaan.

“Kejohanan  tersebut  bertujuan  untuk memilih atlet  negara ke tamasya Sukan Asia (Sea Games) yang akan diadakan pada  12-23 Mac 2022 di Vietnam  dan Kejohanan South East  Asia Karate Games (SEAKF) yang akan diadakan pada 24-27 Mac  2022 di Kemboja. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN