27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Karate Labuan cemerlang, tamatkan kemarau emas 11 tahun

EMAS…. Adib bersama pingat emas yang dimenanginya.


LABUAN: Pasukan Karate Wilayah Persekutuan Labuan beraksi cemerlang di Kejohanan Kadet Senior Kebangsaan ke 40 dan Kejohanan Karate Kadet dan Remaja Kebangsaan ke 30 apabila berjaya meraih  satu pingat emas satu  pingat perak dan dua gangsa sekaligus menepati sasaran awal pasukan itu untuk meraih sekurang-kurang 3 pingat  sebarang warna.


Paling mengembirakan pasukan itu lagi ialah menamatkan kamarau 11 tahun tanpa pingat emas dalam kejohanan tersebut.


Kali terakhir pasukan karate Labuan memenangi pingat emas di Kejohanan Karate Kebangsaan adalah pada tahun 2011 melalui kategori wanita kumite senior +68kg.


Pasukan Karate Labuan memenangi pingat  emas di kejohanan itu melalui acara kategori  Junior Kumite Lelaki  55 kg yang diwakili oleh Adib Abdullah Mohd Dzulfadly sekaligus memecahkan rekod kemenangan yang didominasi oleh Selangor dan Kuala Lumpur.

CEMERLANG…. Aira bersama pingat perak dan gangsa yang dimenangi.


Terdahulu sebelum itu  Pasukan karate Labuan  menyasarkan Nur Aneesa Aira  Mohamad Affendi untuk mendapatkan pingat emas di peringkat final namun  terlepas apabila tewas kepada peserta Selangor pada saat akhir dan hanya berjaya memperoleh pingat perak dalam kategori Kadet Kumite Perempuan -47kg.


Selain memenangi pingat perak, Nur Aneesa juga meraih satu pingat gangsa dalam katagori Kadet Kata Perempuan.


Satu lagi pingat gangsa yang berjaya dibawa pulang oleh pasukan karate Labuan ialah melalui  Muhammad Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal  kategori Kadet Kumite Lelaki +70kg.


Dalam pada itu, Pasukan Karate Labuan berharap akan terus memperolehi kejayaan pada hari kedua kejohanan tersebut  yang berlangsung di Dewan MPSJ, Serdang Raya, Selangor.


 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN