Gambar: JUARA….YB Ma’mun (baju biru) bersama pasukan Tawau menjulang piala pusingan Jemputan Golf Muhibah 2022 yang menangi.
LABUAN: Pasukan golf dari Tawau Sabah menjuarai Jemputan Golf Muhibah 2022 selepas mengumpul 538 mata untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sebuah piala pusingan dan medal.
Naib juara dimenangi oleh pasukan tuan rumah Labuan A yang hanya dipisahkan dua mata dengan pasukan Tawau untuk menerima hadiah wang tunai RM 2,000 dan medal.
Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan golf dari Kota Kinabalu selepas mengumpul jumlah mata keseluruhan 534 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan medal.
Sementara itu pemain tuan rumah Labuan A, Mohd Zariq Encho menjuarai kategori Gross selepas mengumpul 74 pukulan untuk menerima hadiah wang tunai RM500, naib johan dan tempat ketiga masing masing dimenangi oleh Suharto Ali (78) untuk menerima hadiah RM400 dan Idris Mohamad (78) membawa pulang hadiah wang tunai RM300.
Bagi kategori Nett johan dimenangi oleh Tirmizi Embran untuk menerima hadiah wang tunai RM500, naib johan Mohd Sharif Mohd Din membawa pulang hadiah wang tunai RM400 dan tempat ketiga dimenangi Azeran Adak menerima hadiah wang tuani RM300.
Perlawanan Jemputan Golf Muhibah 2022 edisi 4 anjuran Labuan International Golf Club (LIGC) telah disertai oleh tujuh buah pasukan membabitkan 173 peserta dari Tawau, Kota Kinabalu, Semporna, Kudat dan Lahad Datu. Manakala pasukan tuan rumah Labuan mengahantar dua pasukan iaitu Labuan A dan Labuan B.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( Banggi), Mohammad Mohamrin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Darau), Azhar Datuk Matussin.