27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Gerakan Udara PDRM hantar bantuan makanan, keperluan asas kepada penduduk terjejas banjir di Nabawan

Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil (dua dari kanan)memerhatikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Nabawan yang menyemak senarai KIR yang menerima bantuan.

NABAWAN:Dua buah helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerbangkan kira-kira 11,526  kilogram bekalan makanan serta barangan keperluan asas kepada penduduk terjejas banjir di Daerah Nabawan.

Helikopter itu membawa barang bantuan tersebut berlepas dari Perkarangan Padang Balai Polis Nabawan kira-kira pukul 12.10 tengah hari ke kampung-kampung terlibat bagi penghantaran pertama. 

Pesawat berkenaan melakukan 12 kali penghantaran dengan setiap penerbangan membawa kira-kira 500 kilogram barang bantuan sehingga petang tadi.

Pegawai Daerah Nabawan  Peter Jonu Moinjil berkata, bantuan bakul makanan diagihkan kepada 474 Ketua Isi Rumah (KIR) terlibat di beberapa buah kampung antaranya Kampung Binanun, Pohon Batu Baru , Pohon Batu lama, Nangkawangan, Layon dan Pangaraan  termasuk KIR di daerah kecil Sook, Keningau iaitu di Kampung Lumiri Tengah, Mamagun,  Likowon dan Bonor.

Kelihatan anggota Rela, Angkatan Pertahanan Awam dan staf Jabatan Kebajikan Masyarakat memunggah barang bantuan untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang terjejas banjir.

“Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.kerana meluluskan bantuan helikopter PDRM untuk menghantar bakul makanan dan minuman kepada penduduk di kawasan kawasan yang terjejas teruk” katanya.

Jelas Peter, satu mesyuarat tindakan bencana alam daerah akan diadakan selepas ini bagi menilai anggaran kerugian kerosakan.

Terdahulu pada awal pagi Sabtu, tiga jambatan jenis konkrit hanyut  ekoran banjir Sungai Tatalaan yang deras dan melimpah di kawasan perkampungan terbabit.

Oleh sebab itu katanya, usaha untuk memantau penduduk terjejas banjir di kampung terlibat menghadapi kesukaran selepas kejadian.

Gembira…..sebahagian daripada penduduk yang menerima bantuan senang hati.

“Tetapi hari ini kita bersyukur dengan adanya ishan penerbangan helikaptor PGU PDRM kita dapat memantau dan sekali gus menghantar bantuan makanan dan air minuman” kata Peter yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Daerah.

Pada masa sama beliau berharap bekalan makanan yang dihantar mencukupi untuk setiap KIR dalam tempoh satu minggu atau dua minggu sambil menunggu jambatan yang putus ini dapat diperbaiki.

Sementara itu penduduk yang menerima bantuan makanan itu berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Pejabat Daerah Nabawan kerana begitu perhatin dan cepat bertindak dan menghulur bakul bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Mukim Tatalaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN