PASUKAN….Pilihan JBS (duduk) bergambar kenangan bersama pasukan PDRM sebelum perlawanan persahabatan bermula.
LABUAN: Pasukan Bola Sepak PDRM Wilayah Persekutuan Labuan bertindak cemerlang apabila pasukan itu berjaya menewaskan pasukan pilihan JBS Labuan 4-2 dalam aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di padang Sintetik, Kompleks Sukan Labuan, pada Jumaat.
Perlawanan yang diadakan sempena sambutan Hari Polis ke 215 peringkat Labuan itu turut disaksikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila, Timbalannya, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Labuan, Hafiez Mohd Daud dan Lagenda Bola Sepak Negara, Datuk Hassan Sani.

PENGHARGAAN…. Supt. Ahmad (kanan) menghadiahkan jersey pasukan PDRM kepada Bashir sebagai tanda penghargaan hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohamad Syahffie Japril dan Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) adalah antara dua tunggak utama yang beraksi untuk pasukan Pilihan JBS.
Sementara itu, para pemain kedua dua pasukan termasuk penonton yang menyaksikan perlawanan itu turut terhibur apabila penganjur perlawanan menyediakan lebih 20 hadiah cabutan bertuah.
Perlawanan Bola sepak persahabatan tersebut dianjurkan oleh LAFA dengan kerjasama IPD Labuan dan JBS.