30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Bola Sepak Bawa Umur 12 Tahun MSSD Keningau terima sumbangan ADUN Bingkor

Robert (tiga dari kanan)menyampaikan sumbangan kepada Madalina.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sumbangan kewangan  kepada  Pasukan Bola Sepak Bawa Umur 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah ( MSSD ) Keningau.

Sumbangan tersebut berjumlah RM3,000.00 itu diterima oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bingkor Puan Madalina Linus yang juga selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan Bola Seoak 12TKB MSSD Keningau semasa majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSSD Keningau di Dewan Sekolah SK Bingkor baru-baru ini.

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai Pasukan Bola Sepak 12TKB MSSD Keningau yang akan menyertai Kejohanan yang sama pada 5 – 8 Ogos ini yang akan berlangsung di daerah Beluran.

Puan Madalina merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

Dengan adanya sumbangan tersebut katanya, sudah tentu dapat meringankan kos perbelanjaan pasukan bola sepak MSSD Keningau.

Selain itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyumbangkan 

satu set pembesar suara kepada Masjid Raudah Kampung Menggitom Baru. 

Pembesar suara tersebut untuk kegunaan dalam dan luar masjid berkenaan.

Sumbangan disampaikan Robert kepada Pengerusi Masjid  Masruddin Abdul Halim.

Selepas memerima sumbangan itu, Masruddin merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas keprihatinanya memberi sumbangan pembesar suara untuk masjid.

Turut menyaksikan penyampaian tersebut ialah Pemimpin Pembangunan Mayarakat (PPM)Bingkor Junior Fred Vicent, Ketua Daerah Bingkor Daniel Pelangi dan Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor Zaki Zakaria.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN