JUARA..BIG MAMA (berdiri) bergambar bersama BELIA B sebelum perlawanan
RANAU: Pasukan BELIA A dan BIG MAMA menjuarai Pertandingan Bola Tampar Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Kebuh Baru yang berlangsung di Gelanggang Bola Tampar kampung tersebut hari ini.

JUARA…BELIA A (mencangkung) yang menang tipis ke atas GABUNGAN BELIA
Dalam perlawanan akhir kategori lelaki, BELIA A terpaksa bekerja keras menewaskan GABUNGAN BELIA yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman. Perlawanan bertambah sengit di mata ke 29-29 apabila masing-masing dapat bertahan dan mengawal bola di udara. Perebutan satu mata untuk menang perlawanan tersebut akhirnya memihak kepada pasukan BELIA A dengan kemenangan tipis (30-29).
Dalam perlawanan akhir kategori perempuan pula, pasukan BIG MAMA tidak menghadapi masalah menentang BELIA B apabila berjaya mengawal permainan dan mengutip mata kemenangan 30-17.
Tempat Ketiga bersama dimenangi oleh BELIA B dan LEGEND.
Hadiah kemenangan akan disampaikan pada malam pertandingan lagu-lagu P.Ramlee dan Saloma di Dewan Komuniti Kampung Kebuh Baru hari ini.