Mohd Rafi (tengah), Goh (kiri) dan Simsudin (kanan) memotong riben simbolik perasmian kilang Wang Shun Homemade Enterprise sambil diperhatikan Teo (dua dari kiri) dan Wong (dua dari kanan).
LABUAN: Disebalik kekangan komunikasi sepasang suami isteri Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tinggal di Kampung Sungai Keling di di sini melekar sejarah tersendiri apabila membuktikan bahawa dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan.
Teo Chang Pang, 36 dan isterinya Wong So Eng, 34 yang keduanya merupakan OKU pendengaran dan pertuturan berjaya membuka kilang mee kuning dan tauhu yang didaftarkan atas nama Wang Shun Homemade Enterprise.
Teo bersama isterinya sebelum ini bekerja membuat mee kuning dan tauhu bersama bapa saudaranya lebih sedekat yang lalu, namun beberapa bulan yang lalu bapa saudaranya tidak dapat meneruskan membuat mee kerana kesihatannya yang tidak stabil selepas dipercayai terkena angin ahmar.
Usaha untuk meneruskam membuat mee kuning tidak terhenti begitu sahaja, sebaliknya Teo bersama isteri terus iltizam untuk meneruskan membuat mee kuning yang ditinggalkan oleh bapa sauadaranya.
Hasil daripada kegigihan pasangan suami isteri itu berjaya memperluaskan perniagaan dengan membuka kilang mee kuning sendiri.
Kini kilang milik mereka berdua itu bukan sahaja menjadi kemegahan penduduk kampung Sungai Keling tetapi menjadi inpirasi kepada generasi muda dikampung itu untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Sementara itu, bagi membuktikannya kepada masyarakat luar bahawa Orang Kelainan Upaya juga mampu bersaing dengan golongan yang bernasib baik, Ketua Kampung Sungai Keling, Goh Siew Liang telah mengambil inisiatif menjemput Pengerusi Penasihat Giat MARA Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan untuk merasmikan kilang milik pasangan OKU berkenaan,
Majlis perasmian yang diadakan sempena Pesta Kuih Bulan itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek serta ketua ketua kampung dan pemimpin masyarakat setempat.
Pad majlis itu Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia turut menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000.00 kepada pasangan suami isteri itu bagi melengkapkan lagi peralatan yang diperlukan di kilang mee berkenaan.



