31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PAS Labuan lancar Jentera PRU 15

SIAP SEDIA…..Haji Hamir (tengah) bersama ahli jawatankuasa JPRP  siap sedia untuk menghadapi PRU ke 15.


LABUAN: Jabatan Pilihanraya Parlimen (JPRP) PAS Kawasan Labuan telah melancarkan Jentera Jabatan Pilihan Raya Parlimen bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang diadakan  disini, pada Isnin.


Yang Di Pertua PAS Kawasan Labuan, Haji Hamir Haji Zahari berkata, antara objektif pelancaran jentera adalah bagi menyusun gerak kerja secara teratur mengikut keadaan semasa untuk menguatkan Jentera menghadapi PRU-15.


“Jentera pilihanraya ini terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai pelbagai latar belakang serta pengalaman, khusus untuk mendepani PRU-15 dengan lebih yakin dan teguh memegang prinsip yang dibawa oleh PAS sejak dahulu.” katanya .


Beliau berkata,  jentera pilihanraya PAS Labuan mesti bersedia seawal mungkin bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan jentera untuk menghadapi PRU-15 dalam masa terdekat.


Tambahnya lagi, semua ahli PAS perlu membuktikan bahawa PAS adalah medium yang terbaik kepada warga Labuan.
Hadir bersama dalam majlis pelancaran tersebut Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Junid bin Aling dan Naib Yang Dipertua, Haji Rahim Mohd Salleh serta ahli-ahli jawatankuasa JPRP.
TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN