27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Parti Warisan Bahagian Labuan sokong Shafie sebagai Calon PM

SOKONGAN… Rozman (duduk tengah) bersama Jawatakuasa parti Warisan Labuan menyokong penuh Mohd Shafie sebagai PM ke 9.


LABUAN: Parti Warisan (Sabah) Wilayah Persekutuan Labuan menyokong Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri (PM).


Menurut Ketua Bahagian Parti Warisan Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatakuasa Bahagian parti itu di sini, pada 5 Julai lalu.

MESYUARAT…. Rozman ketika mempengerusikan Mesyuarat AJK Bahagian parti itu di perjabat parti Warisan yang diadakan pada 5 Julai lalu.


Rozman yang juga Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan berkata, parti Warisan Labuan tetap berdiri teguh dan tidak berbelah bagi di belakang kepimpinan Datuk Mohd Shafie Apdal.


“Walaupun kami tahu Mohd Shafie lebih suka menerajui negeri Sabah, tetapi kami juga yakin dan merasakan beliau juga layak dan pilihan terbaik sebagai calon Perdana Menteri pada masa ini” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, kelmarin.


Beliau juga menjelaskan, sudah sampai masanya Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang dipilih daripada kawasan Malaysia Timur (Borneo) untuk menerajui negara.


Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan mengusulkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri ke 9.


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dicapai dalam pertemuan yang diadakan antara beliau dengan beberapa pemimpin daripada Parti Amanah Negara (Amanah), DAP, Warisan termasuk Bersatu di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur baru-baru ini. http://Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN