30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PAPIM teruskan Program Kebajikan dan Amal

SUMBANGAN AIR MINERAL…Hj Ahmad (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Hj Saflee Hj Ag Damit bagi pihak Masjid Saga-Saga Pimping.

KOTA KINABALU:Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Kg Pimping Membakut di Pantai Berat ( PAPIM) meneruskan aktiviti kebajikan dan amalnya sempena Bulan Ramadan ini.

Pengerusinya, Haji Ahmad Dipong berkata antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah pengagihan lebih 500 botol air minuman mineral ke tiga buah masjid dan sebuah surau di Kg Pimping Membakut.

Beliau sendiri telah menyerahkan sumbangan dari ahli-ahli PAPIM ketiga buah masjid dan surau yang sudah dilaksanakan sejak dua tahun lalu lagi.

Sementara itu katanya, AJK PAPIM melalui Pegawai Penerangan PAPIM, Haji Mohd Amin juga telah mengusahakan sumbangan beras dari Padiberas Nasional (BERNAS) yang memberikan sumbangan 50 kampit beras 5kg setiap kampit yang akan diagih-agihkan kepada ahli, golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal dan mangsa kebakaran yang berlaku di kampung kelahiran ahli iaitu Kg Pimping.

Mesyuarat..Hj Ahmad (berkopiah) bersama Hj Pg Othman dan AJK lain semasa mesyuarat itu.

” Kita amat berterima kasih kepada Pengurusan BERNAS atas aktiviti masyarakat dan amal syarikat ini,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat AJK PAPIM di Anjung Soka Kafe Kinarut pagi tadi.

Haji Ahmad berkata PAPIM juga menghulurkan wang tunai kepada mangsa, Encik Ahmad Budin dan menyampaikan rasa simpati ahli-ahli PAPIM kepada keluarga beliau atas musibah yang menimpa.

Mengenai mesyuarat pagi tadi, Hj Ahmad berkata pelbagai agenda dibincangkan dan dirangka untuk aktiviti PAPIM dari masa ke semasa termasuk Program Aidilfitri PAPIM di Kota Kinabalu.

” Kita akan terus menumpukan program kebajikan dan amal serta program memantapkan lagi ikatan persaudaraan dikalangan ahli.

” Kita sudah mengadakan Majlis Baurung-Urung PAPIM di Pantai Kg Pimping pada Disember Tahun lepas yang dihadiri oleh 300 orang terdiri dari keluarga-keluarga ahli,katanya.

RINGANKAN BEBAN…Hj Ahmad (kanan) menyampaikan wang tunai dan beras kepada mangsa kebakaran Encik Ahmad Budin.

” Kita berharap Majlis Aidilfitri PAPIM yg dicadangkan oleh Penaung, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Hj Mohd Arif akan dijadikan landasan kedua untuk menghimpunkan anak-anak Kg Pimping yang berada di Pantai Barat dan akan diadakan di ibu negeri,” tambahnya

Beliau berkata AJK Tertinggi PAPIM akan membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini dalam masa terdekat untuk membincangkan program ini.

” Kita juga membuat sedikit perubahan dari segi garis panduan bantuan dan kutipan kebajikan untuk ahli dan keluarga terdekat atas persetujuan semua AJK,” katanya sambil menambah garis panduan ini akan dimaklumkan kepada semua ahli.

Hj Ahmad berkata AJK juga turut membincangkan usaha dan langkah yang perlu diambil untuk menambahkanl dana demi kelancaran program-program yang dirancang persatuan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu Timbalan Pengerusi PAPIM, Haji Pengiran Othman Hj Pg Gamok, Setiausaha Agung, Alihussain Hj Matnoor, Bendahari Ag Kassim Hj Ismail , Pegawai Penerangan, Hj Mohd Amin Hj Muin, AJK Ali Omar Salleh, Ag Jaludin Ag Salleh dan Hj Ismail Baniamin .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN